TUGASAN 2: ULASAN JURNAL
HMS 3013: PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA
|
NAMA AHLI |
NO MATRIKS |
|
DYMPNA MAGDALENA DAMIANUS |
D20181082843 |
|
NUR ANIS BINTI AHMAD FAUZI |
D20181082849 |
NAMA PENSYARAH:
PUAN ROBE’AH BINTI YUSUF
KUMPULAN KELAS: B
Tajuk Soalan 6:
“Moral is caught not taught”. Pernyataan ini merujuk kepada makna dan cara terbaik untuk menanam nilai kepada murid adalah secara tidak langsung. Bincangkan EMPAT (4) strategi peningkatan dan penghayatan nilai kepada para pelajar yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral.
Senarai Kandungan
|
Bil. |
Perkara |
Muka Surat |
|
1.0 |
Pengenalan |
1 |
|
2.0 |
Strategi Berkonsepkan Role Model |
2-4 |
|
3.0 |
Strategi Mempelbagai Kaedah PdP |
5-7 |
|
4.0 |
Strategi Mengamalkan Nilai-nilai Murni |
8 |
|
5.0 |
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan |
9 |
|
6.0 |
Kesimpulan |
10 |
|
7.0 |
Rujukan |
11 |
1.0 PENGENALAN
Guru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk watak, sahsiah dan moral pelajar. Usaha ini perlu dimulakan dengan mewujudkan sekolah yang dapat dibanggakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat. Pembangunan insan cemerlang iaitu pelajar menjadi sangat penting bagi negara yang ingin menjadi negara maju pada abad yang akan datang. Ajaran guru yang berkesan meninggalkan ingatan dan menjadi amalan yang berpanjangan bagi setiap pelajar. Mereka akan ingat bagaimana guru menerapkan ilmu pengetahuan, budaya dan semangat ketahanan, nilai-nilai murni dan jati diri sehingga sebati dalam jiwa. Dalam konteks ini, guru merupakan manusia yang telah diamanahkan untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu, beriman dan bertakwa (Amir Hasan 2002).
Dalam merealisasikan aspirasi negara, kemantapan dan kemurnian sistem pendidikan negara merupakan asas penting. Hasrat ini terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005). Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (2001) pengetahuan dan kefahaman nilai murni akan menimbulkan kesedaran dan penghayatan kepada pelajar tentang pelbagai isu moral yang boleh menguasai dan mempengaruhi amalan dan tindakan seseorang. Tajul Ariffin Noordin dan Nor’Aini Dan (2002) juga menjelaskan untuk membentuk akhlak, etika dan nilai murni yang baik seseorang perlu menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik tentang nilai.
Penerapan nilai-nilai murni tidak terhad kepada mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sahaja, malah diterapkan melalui semua mata pelajaran yang diajar di sekolah melalui aktiviti-aktiviti harian dan kegiatan kokurikulum (Nor Hashimah Hashim, 2000 & 2001; Rahimah Hj. Ahmad & Chang Lee Hon, 1997). Hal ini jelas membuktikan bahawa penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi agenda penting dalam sistem pendidikan negara. Bagi mencapai hasrat dasar-dasar pendidikan moral, keberkesanan pendidikan moral dalam menghasilkan murid yang mengamalkan nilai-nilai murni terletak kepada penghayatan, penerimaan dan pengamalan nilai-nilai murni yang dipelajari di dalam kelas. Dalam hal ini, guru merupakan pendorong utama dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas selain faktor sikap murid (Stronge,2013).
2.0 STRATEGI BERKONSEPKAN ROLE MODEL
Nodding (1984) menyatakan bahawa terdapat empat komponen utama dalam pendidikan moral iaitu peragaan (Modeling atau Qudwah Hasanah), dialog, amalan dan pengesahan. Perhubungan di antara watak moral guru dengan pembinaan moral pelajar adalah berasaskan kepada faktor tersebut. Sesuatu yang jelas dalam pendidikan ialah pengajaran yang baik dan berkesan daripada para guru yang berpengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar, mahir dalam kaedah mengajar dan mempunyai watak yang bermoral.
Konsep kepimpinan melalui teladan dicapai apabila guru menjadi model peranan (role model) dalam pelbagai aspek seperti tingkah laku, cara pertuturan dan berpakaian (Tie 2002). Guru perlu mengekalkan tingkah laku yang baik berdasarkan kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa dan masyarakat. Menurut Tie (2002), guru perlu memainkan peranan sebagai in loco parentis iaitu seseorang individu yang menerima jawatan sebagai guru meletakkan dirinya dan tingkah lakunya dalam arena perhatian awam dan perlakuan yang akan diikuti oleh masyarakat. Sesetengah masyarakat tidak boleh menerima tingkah laku negatif yang dilakukan oleh para guru kerana seorang guru mempunyai kedudukan istimewa dalam komuniti dan sepatutnya mempunyai sikap yang baik.
Pengaruh seseorang guru dan kesannya terhadap pelajar melampaui sempadan bilik darjah dan sekolah. Guru bukan sahaja menjadi role model untuk pelajar malah menjadi penyebar nilai-nilai murni kepada masyarakat serta bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan semua pelajar. Al-Ba’labaki (2003) berpendapat, konsep model atau Qudwah Hasanah ini membawa maksud memberi contoh, teladan, atau perbuatan baik yang menjadi model kehidupan. Teori Model atau Qudwah Hasanah ini pernah digunakan al-Quran agar umat Islam mencontohi Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupan mereka.
Konsep role model bukan sahaja melibatkan tingkah laku peribadi guru di sekolah tetapi juga melibatkan tingkah laku di luar sekolah. Hal ini kerana guru juga dilihat sebagai orang penting dalam masyarakat iaitu tugas guru adalah untuk mendidik anak-anak bukan sahaja dalam bidang akademik malah dalam penghayatan nilai moral. Tingkah laku peribadi bermaksud tingkah laku yang dihubung kait secara eksplisit dengan prestasi dan tanggungjawab profesional seorang guru. Dalam hal ini, jika pelajar melihat guru sebagai seorang yang profesional dan mempunyai nilai moral yang tinggi, mereka akan menjadikan guru tersebut sebagai role model untuk mereka ikuti. Setiap pelajar pasti mempunyai guru yang mereka suka dan jadikan sebagai role model serta ingin menjadi seperti guru tersebut suatu hari nanti. Oleh itu, pentingnya peranan guru untuk menunjukkan sikap yang bermoral dihadapan para pelajar agar mereka tidak kecewa dan akan terus menghayatibermoral juga.
Bagi mencapai dan mengekalkan kecemerlangan pula, pihak sekolah perlu menggunakan pendekatan positif yang berbentuk kerjasama antara guru dengan ibu bapa. Sebagai contoh, role model pertama anak adalah ibu bapa mereka sendiri kerana ibu bapalah yang membesarkan mereka dari kecil. Sikap dan tingkah laku ibu bapa di rumah juga boleh menjadi ikutan yang utama pelajar sebelum memasuki alam persekolahan. Jika ibu bapa pelajar kerap bergaduh dan tidak menunjukkan nilai moral terhadap anak mereka, sikap anak mereka akan berubah kerana terlalu menghadapi tekanan di rumah dan tidak peduli tentang penghayatan nilai moral. Oleh itu, pihak sekolah juga bukan sahaja perlu mengajar pelajar di sekolah, tetapi perlu kerap mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa pelajar untuk mengetahui perkembangan pelajar di rumah.
Walau bagaimanapun, kaedah ini di mana tingkah laku seseorang akan diikuti oleh individu lain merupakan satu proses yang kompleks dan bukan semua tingkah laku dan nilai yang diserapkan akan dijadikan teladan. Anggapan umum bahawa guru berperanan sebagai model yang meniru personaliti dan gaya pengajaran tidak sesuai untuk semua guru. Personaliti, gaya pengajaran dan situasi sekolah yang berlainan boleh memperkukuh atau melemahkan kemungkinan seseorang pelajar memilih seseorang guru sebagai role model (Tie 2002).
Guru perlu menjadi role model kepada pelajar. Dalam kajian Prencipe dan Helwig (2002), guru perlu memberi contoh yang baik kepada pelajar dari aspek keperibadian dan intelek. Ini juga bersesuaian dengan kenyataan Noor Lela Ahmad (2008) yang menjelaskan bahawa dalam usaha untuk mengatasi masalah sosial dan keruntuhan akhlak, peranan guru untuk bertindak sebagai pendidik, pembimbing dan sebagai role model yang baik kepada pelajar adalah sangat diperlukan. Hasi kajian ini juga selaras dengan kenyataan Mohd Khamdani Sairi (2010) bahawa pengetua yang mengamalkan nilai-nilai yang baik akan dihormati oleh guru-guru dan warga sekolah terutama murid-murid berbanding yang tidak mengamalkan nilai.
Menurut Galajda (2012) sebagai pemudahcara guru bukan lagi orang utama dalam proses pembelajaran sebaliknya menjadi sebahagian daripada anggota yang mewujudkan bilik darjah yang kondusif. Guru perlu memainkan peranan sebagai penggerak dan pembimbing kepada pelajarnya dengan mewujudkan suasana perbincangan yang menggalakkan dan berjalan lancar. Guru juga boleh menyediakan medium pengajaran yang sesuai dan bertindak sebagai role model kepada pelajarnya. Dalam pengajaran guru, proses pertukaran idea berasaskan keilmuan akan berlaku di samping membantu pelajarnya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, guru berperanan mempermudahkan pelajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Bukan itu sahaja, pelajar akan secara langsung dan tidak langsung akan terkesan dengan pengajaran guru yang kondusif di dalam bilik darjah.
Guru sebagai role model kepada pelajar sekolah adalah sangat penting kerana ini boleh meningkatkan penghayatan nilai moral mereka secara tidak langsung. Tugas guru bukan sahaja mengajar di dalam kelas mengikut buku teks, malah gerak-geri dan sikap mereka diperhatikan oleh pelajar untuk dicontohi. Guru haruslah sentiasa menunjukkan pengajaran yang profesional dan perlakuan yang positif di hadapan murid bukan sahaja di dalam kelas malah di luar kelas mahupun luar sekolah. Sebagai contoh, guru yang menunjukkan nilai amanah, bertanggungjawab, bertoleransi dan sebagainya, pelajar akan mula mengesan nilai-nilai yang diamalkan tersebut dan akan mengikuti nilai tersebut secara tidak langsung. Mereka akan mengamalkan dan menghayati nilai-nilai tersebut tanpa mereka sedar.
Para pelajar secara tidak langsung, telah melakukan semua nilai-nilai moral tersebut di rumah, sekolah dan tempat awam. Sebagai contohnya, seorang pelajar membantu seorang nenek yang membawa banyak barang untuk melintas jalan dan membantu mengangkat barang-barang nenek tersebut. Tindakan pelajar tersebut menunjukkankan bahawa dia mengamalkan nilai saling membantu dan bekerjasama walaupun nenek yang ditolong itu orang yang tidak dikenali, tetapi atas dasar kasihan dan prihatin, pelajar tersebut terdetik hati untuk membantu. Hal ini secara tidak langsung pelajar mengamalkan nilai-nilai moral dan menghayati maknanya untuk digunakan sebagai panduan harian pelajar agar menjadi insan yang bermoral.
Kesimpulannya, guru memainkan peranan penting dalam mendidik pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral ini di sekolah. Penghayatan nilai moral dapat ditingkatkan jika pelajar memberi kerjasama dan mempunyai inisiatif sendiri juga untuk mengamalkan nilai-nilai moral yang baik dalam kehidupan seharian mereka.
3.0 STRATEGI MEMPELBAGAI KAEDAH PDP
Guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Menurut Abdul Rasid dan Arbaie (2001), guru perlu lebih kreatif dalam menyampaikan pengajaran. Oleh sebab pengajaran adalah suatu proses menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar, guru-guru perlu memilih bahan bantu mengajar yang sesuai bagi menghasilkan pengajaran yang berkesan. Guru-guru perlu memilih aspek kreatif dalam menyediakan atau memilih bahan pengajaran yang sesuai untuk mencungkil minda pelajar. Sebagai contoh, penyediaan bahan bantu mengajar seperti kad nilai boleh membantu pelajar untuk menghafal nilai dan kata kunci nilai dengan lebih baik. Oleh itu, guru-guru perlu merancang dengan baik untuk memilih bahan pengajaran yang sesuai bagi mewujudkan suasana yang kondusif serta dapat menarik minat pelajar.
Pengajaran moral adalah berbeza dengan membimbing atau membentuk moral pelajar. Pengajaran akan lebih berkesan jika guru menggunakan contoh-contoh yang bersesuaian seperti mengaitkan nilai moral dalam kehidupan seharian, perbuatan seharian ataupun tokoh-tokoh yang menunjukkan penghayatan nilai yang tinggi. Dengan ini, guru dapat mengajar konsep dan teori moral dengan berkesan dengan kerjasama pelajar di dalam kelas. Namun, jika pelajar tidak mempraktikkan pengajaran yang diajar oleh guru dalam kehidupan seharian, ini bermakna matlamat guru tidak tercapai dan guru perlulah membuat penambahbaikan dan mencuba kaedah yang lain dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Selain itu, keberkesanan PdP bergantung kepada pengetahuan dan kefahaman guru. Kebanyakannya mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah diajar oleh guru yang bukan opsyen Pendidikan Moral. Sikap pihak pentadbiran sekolah yang beranggapan mata pelajaran Pendidikan Moral tidak penting menyebabkan guru yang mengajar Pendidikan Moral berbeza bagi setiap tahun. Guru-guru bukan opsyen mengajar Pendidikan Moral sekadar memenuhi waktu mengajar. Guru-guru yang lebih senior selalunya menjadi mangsa untuk mengajar subjek ini kerana subjek ini dianggap mudah dan guru tersebut dianggap lebih berpengalaman dalam mengajar. Namun begitu, menurut Abdul Rahman Aroff (1986), sekiranya guru tidak tahu pengertian moral, maka dia tidak dapat mengajar Pendidikan Moral.
Dalam kajian jurnal S. Nachiappan et al. (2017), mereka mendapati masalah utama yang dihadapi pelajar ialah tidak dapat mengaitkan nilai dengan keadaan sebenar. Pelajar tidak memahami dan menguasai nilai-nilai dan kegagalan dalam memberi penerangan tentang isu-isu moral menyebabkan pelajar gagal mengaplikasikan nilai dalam keadaan sebenar. Straughan (1988) menyatakan bahawa masalah utama mata pelajaran Pendidikan Moral adalah terdapat jurang antara pemikiran moral dengan tingkah laku moral, iaitu pelajar tidak berjaya mengaplikasikan nilai-nilai yang dipelajari dalam kehidupan mereka. Menurut Tan, Rahimah dan Zuraini (2015), guru harus mewujudkan suatu iklim bilik darjah yang sesuai supaya pelajar dapat mengintegrasikan nilai-nilai yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Guru perlu mengambil inisiatif mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk membantu pelajar bertingkah laku berdasarkan tindakan yang betul dalam kehidupan.
Strategi mempelbagaikan kaedah pengajaran merupakan cara yang paling efektif untuk mengatasi masalah PdP Pendidikan Moral. Guru harus mengambil kira saranan Pusat Perkembangan Kurikulum (2004) tentang kepelbagaian kaedah dan strategi pengajaran di dalam bilik darjah. Kebolehan guru dalam merancang pelbagai kaedah dan teknik dapat meningkatkan minat, motivasi dan pencapaian pelajar. Setiap aktiviti yang dirancang harus mengambil kira tahap kebolehan pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Sebagai contoh, guru boleh membuat aktiviti lakonan berkaitan nilai-nilai moral di dalam kelas yang melibatkan pelajar untuk menghafal dialog, berlakon dan berkongsi idea. Aktiviti pengajaran seperti ini boleh membentuk kefokusan pelajar melihat rakan-rakan sekelas berlakon sekaligus menyampaikan nilai moral melalui lakonan yang ditunjukkan.
Peranan guru dalam memotivasikan pelajar adalah penting kerana pelajar lebih mudah menerima pelajaran, membuatkan pelajar teruja untuk belajar serta dapat memupuk sikap ingin belajar yang lebih baik (Rubio, 2009). Oleh itu, guru yang berkesan merupakan guru yang berusaha memotivasikan pelajarnya dan melibatkan diri dalam pembelajaran pelajar (Rubio, 2009). Dailey (2009) menjelaskan motivasi merupakan faktor terpenting seseorang untuk belajar. Sehubungan dengan itu, Dailey (2009) mengketengahkan empat faktor utama memotivasikan seseorang dalam pembelajaran iaitu kesediaan guru untuk bersama dalam kelompok pembelajaran berkenaan, mewujudkan keseronokan untuk belajar, mewujudkan suasana yang berbentuk instrumental seperti seseorang kelihatan canggih, terpelajar dan seiring dengan kemajuan global dan memenuhi tuntutan faktor luaran seperti memenuhi kehendak ibu bapa, untuk mendapatkan sesuatu ganjaran ataupun mengejar sesuatu matlamat.
Di samping itu, strategi bersepadu boleh dilaksanakan oleh guru supaya semua mata pelajaran yang diajar tidak terpisah antara satu sama lain dan menggunakan unsur-unsur nilai bagi mewujudkan kesepaduan. Pendekatan yang digunakan dalam melaksankan konsep penerapan nilai murni boleh dilakukan secara langsung dan tidak langsung (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005). Pendekatan penerapan nilai murni secara langsung dilakukan melalui pendekatan kognitif misalnya melalui teknik perbincangan, sumbang saran, main peranan dan penceritaan bagi isu-isu nilai yang mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran, manakala pendekatan penerapan nilai secara tidak langsung boleh dilakukan secara bersahaja bagi unsur-unsur nilai yang memerlukan penghayatan dan kesedaran (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000 & 2005). Penghayatan dan kesedaran yang dimaksudkan adalah apabila pelajar menyedari kepentingan nilai moral dengan sendiri tanpa perlu diajar atau diberitahu oleh orang lain.
Pemberian ganjaran kepada pelajar juga mampu meningkatkan motivasi dalam proses PdP. Contohnya, guru boleh memberi peneguhan positif seperti ganjaran dalam bentuk hadiah untuk diberikan kepada pelajar-pelajar setelah mereka selesai melakukan sesuatu tugasan. Hal ini kerana peneguhan positif akan membawa keseronokan dalam diri pelajar dan secara tidak langsung akan melahirkan minat untuk menguasai Pendidikan Moral dengan baik. Tugasan yang diberikan juga akan dilakukan dengan baik dan kemas. Bukan itu sahaja, mereka juga akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu aktiviti yang akhirnya akan mendapat hadiah kepada pemenang.
Akhir sekali, penggunaan ICT dalam proses PdP adalah cara yang moden dan seharusnya guru sudah cakna dengan alat-alat ini kerana penggunaan ICT sangat penting dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21 di dalam kelas. Sebagai contoh, guru boleh menayangkan video yang berkaitan dengan nilai, slaid dan sebagainya bagi meningkatkan lagi minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Guru haruslah mengetahui pengetahuan tentang ICT bagi memudahkan proses PdP dijalankan kerana teknologi zaman moden ini menjadi medium utama masa kini bukan sahaja dalam pendidikan, malah menjadi kegunaan harian masyarakat dunia. Penyediaan BBM yang menarik juga dapat meningkatkan pengamalan dan penghayatan nilai oleh pelajar untuk menarik perhatiannya dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.
4.0 STRATEGI MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI
Sekolah memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Sekolah secara umumnya dan guru secara khususnya memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh yang besar di dalam menerapkan nilai-nilai mumi. Melaluinya, pelajar dididik supaya berakhlak, berrnoral dan mengamalkan budaya hidup yang mumi. Abd Rahim Abd Rashid (2001) juga menjelaskan pendidikan dan persekolahan perlu memainkan peranan yang berkesan bagi menyemai dan menanamkan nilai-nilai mumi sebagai langkah membentuk dan melahirkan masyarakat yang mempunyai kualiti moral, sosial dan kerohanian. Tanggungjawab bagi mendidik dan memupuk nilai-nilai mumi tidak boleh diambil ringan. Nilai-Nilai mumi perlu menjadi agenda utama dalam pembangunan negara, pembangunan pendidikan, penggubalan dan pelaksanaan kurikulum, polisi dan dasar pembangunan sekolah dan mencorakkan peranan dan tanggungjawab guru (Abd. Rashid Abd Rahim, 2001).
Sekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan nilai-nilai murni dengan mewujudkan suasana yang memberangsang dan budaya sekolah yang positif (Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Isa dan Rahil Hj. Mahyuddin, 1996). Dalam menjayakan aspek penerapan nilai mumi dan penghayatan nilai mumi, guru merupakan orang yang penting dalam melaksanakan strategi KBSM ini. Guru hendaklah terlebih dahulu mengamal dan menghayati nilai mumi hendak diajar (Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Isa dan Rahil Hj. Mahyuddin, 1996). Lickona (1991) menjelaskan tentang tanggungjawab guru sebagai model penerapan nilai mumi, iaitu guru perlu menjadi penjaga, model dan mentor; mencipta komuniti moral; mengamal disiplin moral; membina kelas yang bercirikan demokrasi; mengajar nilai merentas kurikulum; menggunakan pembelajaran kooperatif; membina 'conscience of craft'; memupuk keprihatinan melangkaui batas kelas; membina budaya moral yang positif di sekolah; dan jadikan ibu bapa sebagai rakan kongsi. Suh dan Traiger (1999) menerangkan bahawa kanak-kanak boleh dibantu dalam proses mereka membentuk nilai yang berkaitan dengan kehidupan dalam masyarakat demokrasi dan majmuk melalui aktiviti pembelajaran. Pada peringkat awal kanak-kanak boleh diajar mengenali nilai yang ada dalam diri dan seterusnya melihat bagaimana mereka menjaga barang-barang dan perkara yang mereka anggap bemilai. Suh dan Traiger percaya bahawa keseluruhan kurikulum sekolah sepatutnya mengajar nilai-nilai tersebut.
5.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN
Akhir sekali, pihak sekolah perlu memastikan bahawa pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi memastikan bahawa nilai-nilai murni dapat diamalkan oleh para pelajar di dalam sekolah mahupun luar sekolah. Dalam konteks Pendidikan Moral, pengajaran dan pembelajaran guru adalah berkesan sekiranya murid dapat memahami apa yamg disampaikan oleh guru dan boleh mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sekiranya pengajaran dan pembelajaran sebegini berlaku di sekolah, maka pembentukan murid yang boleh mengamalkan nilai-nilai murni secara konsisten juga berjaya dilaksanakan. Pengamalan nilai-nilai murni secara konsisten menunjukkan murid boleh bertindak dalam semua situasi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000) yang dihadapi dalam kehidupan seharian secara rasional terhadap diri sendiri dan orang lain. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan meliputi perancangan sebelum mengajar, strategi pelaksanaan semasa mengajar dan refleksi guru setelah selesai mengajar murid. Guru Pendidikan Moral perlu sentiasa bersedia untuk berusaha melahirkan murid yang berpengetahuan, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni.
Pengajaran dan pembelajaran guru berkualiti menentukan pencapaian murid dalam suatu mata pelajaran (Seebruck, 2015). menurut Guskey (2013), pencapaian murid dalam pendidikan meliputi domain-domain kognitif (pengetahuan), afektif (sikap, minat dan perasaan) dan psikomotor (kemajuan dalam suatu kemahiran atau tingkah laku) yang perlu dicapai melalui suatu pembelajaran yang spesifik. Pencapaian juga merujuk kepada hasil yang dicapai setelah melaksanakan suatu program berdasarkan objektif dan matlamat program tersebut (Lott & Kenny, 2013; Wallace, 2009). murid-murid yang dapat mengamalkan nilai-nilai murni secara konsisten berlaku apabila murid dapat menunjukkan pengalaman nilai-nilai murni dalam setiap situasi yang dihadapi dalam kehidupan sehariannya. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral yang berkesan oleh guru yang berkualiti patut dapat membentuk murid yang menerima, menghayati dan megamalkan nilai-nilai murni secara konsisten dalam kehidupan seharian.
6.0 KESIMPULAN
Strategi-strategi yang disebut jelas menunjukkan betapa pentingnya peranan sekolah dan guru dalam pembentukan nilai dan akhlak pelajar. Sekolah bukan setakat untuk rnendapat kecemerlangan dalam bidang akademik sahaja, dan guru bukan setakat untuk mengajar bagi rneningkatkan pcncapaian akademik tetapi lebih daripada itu iaitu mampu membina dan membangunkan potensi diri terutama sahsiah, nilai dan akhlak pelajar. Maka beberapa aspek berkaitan dengan sekolah dan guru haruslah diketengahkan untuk dibincang bersama.
Menurut Veugclers (2000), jenis sekolah, persekitaran dan budaya sekolah, personaliti guru, pengalaman mengajar guru dan mata pelajaran yang diajar akan mempengaruhi peranan guru untuk menerapkan nilai mumi dalarn pengajaran yang seterusnya mempengaruhi penghayatan dan pembangunan nilai murni dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah dan guru perlu memainkan peranan yang penting dalam pembangunan nilai pelajar. Kepelbagaian jenis dan budaya sekolah yang wujud juga haruslah menekankan ke arah pembentukan nilai murni pelajar. Guru yang mengajar dari pelbagai jenis mata pelajaran, pengalaman mengajar dan personaliti mereka haruslah mampu memberi kesedaran tentang nilai dan moral kepada pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dari keprihatinan terhadap penanaman nilai dan moral, hal ini akan memberi kesan yang positif di dalam pembangunan nilai pelajar.
Dengan ini, pembelajaran secara tidak langsung boleh diaplikasikan melalui sekolah dan guru. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga mengajar anak mereka sejak kecil tentang akhlak yang baik dan nilai moral. Jika pelajar perlahan-lahan didedahkan dengan nilai-nilai murni sejak kecil, mereka akan terbiasa untuk mengamalkan dan menghayati nilai-nilai murni tersebut dengan lebih baik. Apabila mereka masuk ke alam persekolahan, mereka akan lebih memahami dan menghayati nilai moral kerana adanya guru untuk membantu dalam menanam nilai-nilai murni dalam kehidupan.
7.0 RUJUKAN
Mohamad Khairi Othman, Alis Puteh, Mohd. Zailani Mohd Yusoff, Fauziah Abdul Rahim (2019).
Keperluan Penggunaan Modul Etika Kerja Guru dalam Meningkatkan Penghayatan Nilai Pelajar. ISLÓMIYYÓT. Vol. 41(1): 49 – 5.
Mohamad Khairi Hj Othman, Asmawati Suhid & Samsilah Roslan (2015). Penghayatan Nilai
Murni dalam kalangan Pelajar Sekolah Menengah Masa Kini. Jurnal Pembangunan Sosial. Jilid 18: 1–20.
Mohamad Khairi bin Haji Othman (2014). Hubungan Penerapan Nilai Murni dalam Pengajaran
Bahasa Melayu dengan Penghayatan Nilai Murni Pelajar. Journal of Human Development and Communication. Volume 3 (Special Issue): 81 – 92.
Suppiah Nachiappan, Barathy Sinnasamy dan Sandra Suffian (2017). Masalah dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Pendidikan Moral di Sekolah Menengah dan Penyelesaian Masalah melalui Kaedah Hermeneutik. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education. Volume 7 (2), 58-68.
Yakcop Jantan, Chua Yan Piaw (2017). Kompetensi Guru dalam Membentuk Sahsiah Pelajar
Sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Bil. 4(3). E-ISSN: 2289-9669.
Mohamad Khairi Othman (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar
Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan. SEA Journal of General Studies, 22.
Kalaiselvi Ettikan (2017). Hubungan Kualiti Guru Berpengalaman Pendidikan Moral Dengan
Amalan Nilai Murni Murid, 3-4.
No comments:
Post a Comment