HMS3013
PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA
|
Malaysia Mengamalkan Dasar Berkecuali Iaitu Dasar Tidak Campur Tangan Dalam Urusan Dan Masalah Negara Lain. Berdasarkan Pernyataan Di Atas, Setujukah Anda Dengan Tindakan Yang Diambil Oleh Malaysia? Beri Komen Anda Berdasarkan Empat Nilai Yang Anda Pelajari
|
|
NAMA PELAJAR |
NO. MATRIK |
|
|
AISYAH HANIM BINTI ZAMANI |
D20181082805 |
|
|
NOORMASTURA BINTI MAT HUSSIN |
D20181082809 |
|
|
KUMPULAN KULIAH |
B |
|
|
NAMA PENGAJAR |
PUAN ROBE'AH BINTI YUSUF |
|
|
TARIKH PENGHANTARAN |
5 JULAI 2020 |
|
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 1
2.0 Perbincangan 2
3.0 Ksimpulan 6
Rujukan 7
1.0 Pengenalan
Dasar luar negara ialah bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain. Selain itu, urusan dasar luar negara ini berada dibawah kuasa Wisma Putra. Wisma Putra ialah nadi dalam perhubungan antarabangsa serta dasar luar Malaysia. Malaysia mempunyai dasar luar yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara. Seterusunya, Malaysia juga mengamalkan dasar berkecuali iaitu dasar tidak campur tangan dalam urusan dan masalah negara lain.
Dasar luar Malaysia juga bertujuan untuk memelihara kepentingan nasional. Contohnya, Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan semua negara melalui dasar berkecuali kerana Malaysia mengamalkan pasaran bebas. Malaysia juga menjalin hubungan dengan negara-negara lain yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Hal adalah kerana pemimpin Malaysia mempunyai hak menjaga kepentingan negara dengan menentukan hala tuju pemerintahan negara kita. Menurut Ramli Dollah dan Wan Shawaluddin Wan Hassan (2014), dasar luar merujuk kepada bagaimana sesebuah negara menguruskan hubungannya dengan negara lain. Hubungan tersebut berkaitan ekonomi dan perdagangan, politik mahupun strategik serta kebudayaan dan pendidikan.
Malaysia telah menyertai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atau lebih dikenali sebagai NAM. NAM ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai lebih 114 negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana blok kuasa. NAM telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1955, hasil daripada revolusi Persidangan Afro-Asia di Bandung, Indonesia. NAM diwujudkan akibat pertingkaian dan permusuhan antara Amerika Syarikat dan Rusia selepas Perang Dunia Kedua. Punca daripada pertikaian ini, telah wujud dua blok negara-negara di dunia iaitu Blok Barat dan Blok Komunis.
Selain itu, keputusan Malaysia untuk menyertai NAM adalah disebabkan oleh pencerobohan Indonesia ke dalam wilayah Malaysia menerusi tindakan konfrontasi terhadap Malaysia. Kemasukkan Malaysia ke dalam NAM ialah bagi mengukuhkan lagi dasar tidak campur tangan dan berkecuali iaitu tidak memihak kepada mana-mana pihak kuasa besar dunia. Matlamat utama penubuhan NAM ini ialah untuk menyelesaikan pertikaian dan pertelagahan antarabangsa secara aman dan menghormati hak asasi manusia serta mengiktiraf kedaulatan wilayah semua negara.
2.0 Perbincangan
Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya lebih berpegang kepada dasar berkecuali dan negara-negara ini juga turut menyertai NAM. Sebagai langkah untuk menyokong terhadap dasar ini, Zone of Peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN telah diperkenalkan oleh ASEAN (Association of South East Asian Nations. ZOPFAN telah diperkenalkan di Kuala Lumpur pada 27 November 1971. ASEAN merupakan sebuah pertubuhan serantau yang dibentuk oleh lima negara iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Matlamat penubuhan ASEAN adalah untuk menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Idea konsep ZOPFAN ini telah disumbang oleh Malaysia dan semua negara anggota bersepakat mengisytiharkan negara-negara Asia Tenggara sebagai ZOPFAN.
Menurut Mohamed Irwan Mansor (2017), ZOPFAN diperkenalkan untuk menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai suatu rantau aman dan bebas dengan setiap negara anggota tidak campur tangan dalam negara-negara anggota ASEAN yang lain serta tidak menyokong mana-mana blok kuasa besar. Selain itu ASEAN juga sepakat untuk tidak campur tangan ke atas urusan politik domestik negara anggota ASEAN melalui tandatangan dokumen Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia (TAC) dan dokumen Perumusan ASEAN Concord.
Saya bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh Malaysia untuk tidak campur tangan dengan dalam urusan dan masalah negara lain. Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia menghormati negara lain. Sikap tidak campur tangan ini menunjukkan bahawa Malaysia menghormati kedaulatan negara-negara anggota ASEAN. Dengan adanya sikap menghormati ini, Malaysia akan dapat memastikan bahawa kesejahteraan sejagat adalah terjamin.selain itu, rasa hormat ini juga wujud kerana Malaysia menganggap negara-negara anggota ASEAN itu sebagai sebuah komuniti dan keluarga besar negara-negara Asia Tenggara seperti yang terkandung dalam Fasal 1 Piagam ASEAN (Mohamed Irwan Mansor, 2017).
Selain itu, tindakan yang ditunjukkan oleh Malaysia ini menunjukkan perasaan cinta akan negara yang mendalam dalam diri pemimpin Malaysia pada ketika itu. Asia Tenggara terletak di kedudukan yang agak strategik kepada kuasa-kuasa besar dalam konteks ketegangan politik Timur-Barat iaitu Perang Dingin antara Blok Barat (Amerika Syarikat dan sekutunya) dan Blok Timur (Kesatuan Soviet). Malaysia yang bimbang keadaan tersebut akan memudahkan kuasa-kuasa besar untuk menundukkan negara Asia telah mencadangkan supaya konsep ZOPFAN ini diwujudkan. Konsep ZOPFAN ini membantu negara-negara anggota ASEAN untuk hidup aman dan sejahtera agar dapat melaksanakan proses pembangunan negara mereka.Oleh itu, dapatlah dilihat di sini bahawa pemimpin Malaysia amat menyayangi negaranya dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin.
Saya juga berpendapat keputusan Malaysia untuk mengamalkan dasar berkecuali amatlah bertepatan dengan imej Malaysia yang memiliki hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara lain. Dengan berpegang kepada dasar ini, secara tidak langsung akan wujud jalur toleransi antara Malaysia dan negara-negara luar. Hal ini dibuktikan semasa Vietnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk. Kemudiannya, Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan mesyuarat ini telah diadakan. Dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar pada tahun 1984 telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Hal ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear. Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara-negara ASEAN terhadap konsep ZOPFAN. Keputusan ini juga telah dicapai kerana wujudnya toleransi antara Malaysia dan negara-negara lain.
Seterusya, tindakan yang diambil oleh Malaysia ini juga dapat meningkatkan nilai saling bantu-membantu serta dapat mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan negara-negara luar. Sebagai contoh, sidang kemuncak ASEAN diadakan dua kali dalam setahun bagi mengukuhkan kerjasama antara anggota dan membincangkan isu-isu serta permasalahan yang berlaku. Dengan adanya kerjasama yang erat ini, pelbagai manfaat yang bakal diperolehi oleh Malaysia seperti mampu menarik kemasukan pelabur-pelabur asing, memajukan bidang perindustrian negara, pertukaran teknologi dan kepakaran dapat dilakukan serta boleh mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja. Menurut Choo (2016), dasar ini dapat memelihara kepentingan nasional dengan menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi. Secara langsung ia dapat menjadikan negara kita sebagai warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk memupuk kesejahteraan dunia.
Seperti yang dinyatakan dalam Mohamed Irwan Mansor (2017), faktor utama ZOPFAN adalah untuk meyakinkan negara-negara ASEAN bahawa campur tangan kuasa-kuasa besar dalam pertelingkahan negara-negara Asia Tenggara boleh membawa kesan buruk kepada kestabilan di rantau ini. Dengan adanya dasar berkecuali iaitu tidak campur tangan, Malaysia dapat menghalang negara-negara besar tersebut daripada masuk campur dan mempengaruhi urusan negara serta menjamin kestabilan negara. Ini menunjukkan bahawa Malaysia sangat mementingkan nilai keamanan dan keharmonian dalam negara.
Nilai keamanan dan keharmonian ini dilihat lagi apabila ASEAN menubuhkan ASEAN Regional Forum (ARF) iaitu suatu forum perundingan sesama negara-negara Asia Tenggara dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Walaupun ZOPFAN mementingkan dasar berkecuali iaitu tidak campur tangan namun keamanan dan keharmonian juga amat penting. Jadi, ARF ini ditubuhkan untuk menjaga kestabilan negara anggota supaya kerjasama dalam kalangan negara anggota tersebut sentiasa kukuh. ARF ini menjadi satu badan yang akan menangani konflik negara-negara anggota melalui perundingan bersama (Mohamed Irwan Mansor, 2017). Campur tangan digantikan dengan perundingan bersama bagi menyelesaikan isu negara supaya keamanan dan proses pertumbuhan rantau tidak tergugat.
Michael, (2003) menyatakan bahawa perisytiharaan ZOPFAN ini merupakan suatu usaha untuk merialisasikan konsep rantau ASEAN sebagai rantau yang bebas daripada sebarang pengaruh asing dan persengketaan. Antara faktor ZOPFAN adalah untuk memastikan negara-negara anggota tidak mencerobohi kedaulatan negara-negara anggota ASEAN yang lain namun, negara-negara anggota ASEAN ini juga telah mewujudkan suatu semangat rundingan dalam ASEAN di mana satu forum perundingan telah ditubuhkan yang menjadi platform kepada ASEAN untuk menyelesaikan konflik dan masalah yang timbul.
Saya bersetuju dengan dasar berkecuali dalam ZOPFAN ini kerana walaupun dasar berkecuali menghalang campur tangan negara lain namun ASEAN masih juga boleh melibatkan diri dalam membantu menyelesaikan konflik atau masalah negara anggota yang lain dengan menubuhkan ARF yang membolehkan negara-negara Anggota ASEAN itu untuk berbincang bersama bagi menyelesaikan sebarang konflik atau masalah yang timbul. Ini menunjukkan bahawa Malaysia bersikap rasional. Malaysia tidak mahu negara anggota ASEAN yang lain daripada mencampuri urusan domestic negara namun Malaysia tahu bahawa sedikit sebanyak pertolongan daripada negara anggota lain diperlukan. Kerana itu, ARF ini ditubuhkan negara anggota tidak mencampur tangan sesuka hati tapi masih membantu melalui perbincangan kaedah penyelesaian bersama.
3.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan konsep ZOPFAN ini dalam pertubuhan ASEAN dengan matlamat untuk mencipta keamanan dan kestabilan di kawasan Asia Tenggara. Konsep ZOPFAN ini dipersetujui oleh negara-negara anggota ASEAN yang juga inginkan keamanan dan kesejahteraan supaya mereka dapat melaksanakan proses pembangunan negara mereka tanpa diganggu. Dalam konsep ZOPFAN terdapat satu dasar iaitu dasar berkecuali di mana setiap negara anggota tidak campur tangan dalam negara-negara negara-negara anggota ASEAN yang lain dan tidak menyokong mana-mana blok kuasa besar. Saya bersetuju dengan dasar ini kerana ia dapat memastikan keselamatan dan kestabilan negara kita Malaysia sentiasa terjamin. Inisiatif menjadikan rantau ini Berkecuali memperlihatkan ASEAN semakin hampir dengan kesatuan wilayah yang padu. Dasar ini juga menunjukkan bahawa pemimpin negara kita seorang yang bijaksana dalam melakukan sesuatu tindakan dan sentiasa mengutamakan keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara.
Rujukan
Choo, A. (2016). Hubungan Luar Negara. Bahagian Pendidikan Menengah MARA.
Dollah, R., & Wan Hassan, W. S. (2014). Pengaruh Kepimpinan Dalam Dasar Luar Malaysia. Jurnal Kinabalu, 20.
Michael, L. (2003). Is ASEAN a Security Organisation? Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.
Mohamed Irwan Mansor. (2017). ASEAN Sebagai Sebuah Pertubuhan Serantau (ASEAN As A Regional Organization). Journal Of Social Sciences and Humanities.
No comments:
Post a Comment