Monday, July 6, 2020

Tajuk 7 : Malaysia mengamalkan dasar berkecuali iaitu dasar tidak campur tangan dalam urusan dan masalah negara lain

Tajuk 7 : Malaysia mengamalkan dasar berkecuali iaitu dasar tidak campur tangan dalam urusan dan masalah negara lain. Berdasarkan pernyataan di atas, setujukah anda dengan tindakan yang diambil oleh Malaysia?Beri komen anda berdasarkan EMPAT (4) nilai yang anda pelajari.

 

NAMA

NO MATRIK

RAJA SYAHRIL BIN RAJA AZHAR

D20172080419

NUR AFIQAH BINTI ZUL ADNAN

D20172081391

 

 

1.0 PENGENALAN

         

          Malaysia merupakan sebuah negara yang dilihat oleh negara luar sebagai sebuah negara yang mempunyai kestabilan dan kekukuhan dari segi kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan sosial budaya yang harmoni. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun dan juga menuju ke era sebagai sebuah  negara yang maju, Malaysia telah berusaha mengukuhkan kedudukannya melalui mekanisme dasar luarnya. Dasar luar sesebuah negara lazimnya akan mencerminkan pencapaian dalam negara di mata luar dan juga kejayaan pentadbiran negara itu sendiri. Namun demikian ia turut dipengaruhi oleh bentuk dan orientasi dasar luar yang dijalankan oleh seseorang pemimpin di sesebuah negara. Dasar luar memainkan peranan yang penting bagi sesebuah negara, bukan sahaja kerana ia dapat menjamin kepentingan negara, malah ia juga dapat menghalang ancaman pihak luar dari mengancam keselamatan negara. Selain itu, ia juga dapat mencerminkan sikap atau pendirian sesebuah negara itu dalam hubungannya dengan negara yang lain. Ia adalah kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara sejagat. Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri iaitu dengan berbaik-baik dengan semua negara. Matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia ialah untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara, memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara, menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan melalui kerjasama antarabangsa. Selain itu, matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia. Dasar luar Malaysia dipengaruhi dan dibentuk oleh tiga faktor utama

iaitu lokasi Malaysia yang strategik di Asia Tenggara, ciri-ciri Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan dan demografi penduduk yang unik. Prinsip asas dasar luar Malaysia masih kekal sejak kemerdekaan walaupun pendekatan kepada pelaksanaan dasar luar berubah berdasarkan faktor domestik dan faktor luaran semasa. Penggubalan dasar luar sentiasa berpandukan kriteria-kriteria kredibiliti, konsistensi dan kepaduan yang telah bertindak memelihara kepentingan negara

 

          Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain, iaitu hubungan bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk kepada hubungan terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya, hubungan dengan negara jiran termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu, hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat. Hubungan multilateral pula merujuk kepada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya.

 

          Matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia ialah untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara. Contohnya, Malaysia menjalin hubungan negara negara Komanwel terutamanya Britain, Australia dan New Zealand untuk mendapatkan bantuan ketenteraan bagi menghadapi ancaman komunis semasa mencapai kemerdekaan.

 

          Dasar luar Malaysia juga bertujuan untuk memelihara kepentingan nasional. Contohnya, Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan semua negara melalui dasar berkecuali kerana Malaysia mengamalkan pasaran bebas. Malaysia juga menjalin hubungan dengan negara-negara lain yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Ini adalah kerana pemimpin Malaysia mempunyai hak menjaga kepentingan negara dengan menentukan hala tuju pemerintahan negara kita. Selain itu, matlamat dasar luar negara ialah menjaga kedaulatan negara. Contohnya, Malaysia menjain hubungan baik dengan negara serantau melalui pertubuhan ASEAN. Bersama-sama negara ASEAN, Malaysia mengisytiharkan rantau Asia Tenggara sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bagi menghalang penglibatan kuasa luar yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.

 

                 

2.0 PERBINCANGAN MENGENAI TINDAKAN YANG DI AMBIL OLEH MALAYSIA

 

Saya bersetuju dengan tindakan yang di ambil oleh negara Malaysia mengenai Dasar Berkecuali  kerana negara Malaysia mempunyai kepentingan dalam menjalinkan hubungan luar kerana untuk menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara. Contohnya, Malaysia menjalankan dasar berbaik-baik dengan Britain dan Amerika kerana kita mengharapkan negara tersebut sebagai pembeli utama bijih timah dan getah negara kita. Tambahan pula, negara tersebut merupakan pelabur utama dalam bidang perladangan dan perindustrian di negara kita. Malaysia juga menjalankan Dasar Pandang ke Timur yang menjadikan Jepun dan Korea sebagai model pembangunan ekonomi Negara.

 

          Selain itu, ia mengenai matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk memupuk kesejahteraan dunia. Contohnya, Malaysia berpegang kepada prinsip menghormati kedaulatan negara lain. Malaysia mengutuk Israel yang mencabul kedaulatan negara Palestin. Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan negara tersebut.  Malaysia juga menghormati prinsip hak asasi manusia. Malaysia memutuskan hubungan dengan negara Afrika Selatan selagi negara tersebut terus mengamalkan dasar apartheid.

 

          Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain, iaitu hubungan bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk kepada hubungan terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya, hubungan dengan negara jiran termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu, hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.

                 

          Hubungan multilateral pula merujuk kepada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya. Terdapat beberapa faktor-faktor penggubalan dasar luar Malaysia seperti faktor sejarah dimana sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan Kepulauan Melayu .Hubungan luar ini dalam bentuk hubungan perdagangan .Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Selepas merdeka, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel seperti Australia dan New Zealand dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain, Australia dan New Zealand. Pada masa Malaysia diancam oleh fahaman komunis (PKM) yang menggugat keselamatan negara mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. Malaysia juga perlu bergantung kepada negara Barat kerana belum mampu dari segi pertahanan.

 

          Selain itu faktor ekonomi dimana Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas dan dengan itu berbaik-baik dengan negara-negara lain untuk memajukan ekonomi. Pada zaman penjajah , Malaysia yang merupakan pengeluar getah dan bijih timah telah menjalin hubungan dengan Britain dan Amerika Syarikat. Setelah merdeka, Malaysia masih memerlukan pasaran dan modal dari negara-negara tersebut. Selain itu Malaysia mengambil beberapa langkah bagi menggalakkan pelaburan asing. Ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan. Selain itu menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing digalakkan dari negara-negara Timur iaitu Jepun dan Korea Selatan. Pada masa yang sama Malaysia juga menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun dan negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia dan mengadakan pelaburan di negara tersebut.

 

          Faktor politik sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Dasar luar Malaysia juga menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.

 

 


 

          Seterusnya faktor geografi Malaysia yang  mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.

 

          Akhir sekali adalah faktor demografi dimana Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan menceroboh dan menindas peribumi Palestin. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang Dasar Aparteid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.

 

          Fokusnya disini adalah Malaysia yang mengamalkan dasar berkecuali iaitu dasar tidak campur tangan dalam urusan dan masalah negara lain dan menjalinkan hubungan baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara luar tanpa mengira ideologi. Malaysia mengambil langkah tersebut kerana Britain mula mengurangkan pengaruhnya di Timur. Tambahan pula AMDA (Anglo – Malaysian Defence Treaty) semakin kurang berperanan. Langkah Malaysia berbaik-baik dengan negara blok komunis dapat mengimbangkan pengaruh kuasa besar di Asia Tenggara. Oleh itu, situasi tersebut dapat mewujudkan kestabilan politik di Malaysia. Selain itu, Malaysia dapat meningkatkan perkembangan ekonomi dengan lebih baik. Hasil komoditi Malaysia dapat dipasarkan ke semua negara dan tidak lagi hanya bergantung kepada Britain dan Amerika semata-mata.

 

            Malaysia tidak mahu memihak kepada mana-mana blok dunia. Malaysia telah mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali bersama-sama dengan anggota ASEAN. Perubahan dasar ini disebabkan pergolakan di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dan China. Malaysia hendak  mengatasi masalah pelarian Vietnam di Malaysia. Untuk menyelesaikan masalah pelarian Vietnam, Malaysia mengambil langkah menjalin hubungan dengan negara berfahaman komunis. Contohnya China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.

 

Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan negara Timur seperti China, Jepun dan Korea Selatan untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara. Dasar Pandang ke Timur yang menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model pembangunan ekonomi negara telah berjaya meningkatkan budaya kerja dan produktiviti pengeluaran negara.. Pelabur dari Korea Selatan dan Jepun telah menjayakan pembinaan projek mega seperti pembinaan menara PETRONAS, lapangan terbang KLIA, pembinaan LRT serta perusahaan automobil.

 

Malaysia menjalin hubungan dengan Negara Islam dan Negara Membangun untuk meningkatkan pasaran barangan Malaysia serta mengadakan pelaburan di negara berkenaan. Selaras dengan perubahan tersebut, Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi perdagangan, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.

     

      Malaysia menjalin hubungan baik dengan semua negara kerana hendak memperluaskan skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini. Malaysia juga hendak mengurangkan dominasi kuasa Barat terhadap ekonomi di rantau Asia Tenggara. Kerjasama tersebut dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asia Economic Caucus (EAEC). EAEC melibatkan kerjasama ASEAN dengan China, Jepun dan Korea. Malaysia bersama-sama negara ASEAN juga mewujudkan kerjasama ekonomi tidak rasmi antara negara ASEAN dengan negara Timur . Kerjasama ini diadakan melalui konsep ASEAN + 3.

 

 

 

3.0 NILAI YANG DIPELAJARI

 

Berdasarkan pernyataan berikut saya berpendapat dasar berkecuali iaitu dasar tidak campur tangan dalam urusan dan masalah negara lain yang diamalkan oleh Malaysia adalah tepat dan ianya memberi banyak manfaat kepada Malaysia sendiri. Disini dapat dilihat ada beberapa nilai yang telah dipelajari yang wujud di dalam pengamalan dasar ini.  Nilai pertama adalah ‘HIDUP BERSAMA SECARA AMAN’ iaitu hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya Menjamin kedaulatan negara. Malaysia telah mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara. Hal ini menyebabkan tiada permusuhan dengan mana-mana negara di dunia. Melalui dasar berkecuali Malaysia tidak berpihak mana-mana kuasa besar dunia seperti samaada Amerika Syarikat ataupun China dan Rusia yang boleh mencetuskan konflik antarabangsa.

 

          Selain itu melalui konsep ZOPFAN dapat mengekalkan keamanan serantau.Hal ini kerana sebarang konflik antara negara-negara anggota dapat diselesaikan melalui semangat ASEAN. Contohnya isu hak ke atas Pulau Batu Putih dengan Singapura dapat diselesaikan melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa.Ini membuktikan Malaysia mementingkan pendekatan rundingan.

 

          Malaysia juga berperanan menjaga keamanan dunia dengan melibatkan diri dalam misi-misi keamanan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Contohnya Malaysia telah menghantar tentera pengaman, pendamai ke Congo, Bosnia, Somalia, Sierra Leone, Namibia dan Kampuchea. Ini membuktikan Malaysia memainkan peranan penting dalam menyelesaikan konflik antarabangsa.

 

          Seterusnya Malaysia amat peka dengan isu keamanan di Asia Barat. Hal ini kerana Israel menceroh tanah air Palestin yang menyebabkan pengorbanan nyawa dan harta benda di negara tersebut. Denga ini Malaysia mendesak PBB menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.

          Selain itu Malaysia juga bersuara lantang menentang keganasan dalam kalangan negara-negara Islam. Contohnya setelah serangan al-Qaeda ke atas ‘World Trade Centre’ di New York Amerika Syarikat, Malaysia telah mengadakan Persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara-negara Islam pada tahun 2002. Malaysia juga berpendirian teguh menentang keganasan yang dilakukan oleh ‘IS’ di kebanyakan negara dunia hari ini. Hal ini kerana keganasan mereka ini boleh mengancam keamanan dunia.


          Nilai kedua dapat dikaitkan adalah ‘SALING MEMBANTU DAN BEKERJSAMA’ iaitu usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai matlamat. Perkara ni dapat dilihat di dalam jurnal bertajuk “Dasar Luar Malaysia Era Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak: Keutamaan Dalam Aspek Hubungan Dua Hala” oleh Rusdi Omar & Mas Juliana Mukhtaruddin. Hubungan dua hala Malaysia-China jelas telah menunjukkan peningkatan yang signifi kan dalam tempoh tiga dekad yang lalu. Hubungan diplomatik yang terjalin antara kedua-dua negara ini bukan hanya dalam aspek keselamatan dan kepentingan politik sahaja tetapi kini ianya merangkumi aspek ekonomi, sosial dan sebagainya. Hubungan diplomatik yang lebih formal ini telah wujud lebih 35 tahun yang lalu semasa zaman Tun Razak Hussein dan diteruskan oleh Perdana Menteri Malaysia selepasnya sehinggalah kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.

 

          Dato’ Seri Najib Tun Razak telah meneruskan kesinambungan usaha bapa beliau, Tun Razak Hussein dalam usaha menjalinkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China. Beliau telah menyatakan akan membawa hubungan kedua-kedua negara ke suatu peringkat yang jauh lebih tinggi dari sebelumnya. Beliau menyatakan bahawa China kini dianggap sebagai negara gergasi dan memainkan peranan penting dalam menangani kemelut ekonomi dunia. Beliau melihat bahawa China merupakan negara ‘trading partner’ yang penting dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia (Lim Tin Seng, 2009). Lagi, hubungan akrab yang wujud selama 35 tahun antara Malaysia dan China adalah berasaskan kepada keyakinan antara pemimpin kedua-dua negara tersebut.Beliau menyatakan bahawa negara China bukan merupakan ancaman kepada rantau Asia tetapi merupakan rakan penting untuk menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Berdasarkan sejarah, China tidak pernah menggunakan kekuatan tentera untuk mengancam atau menakluki negara lain sebaliknya lebih menumpukan kepada usaha menjalin persahabatan dan perdagangan. Pengalaman Malaysia pula jalinan persahabatan dengan China bermula sejak era Dinasti Ming dan terus diperkukuhkan melalui lawatan bersejarah Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1974.

 

          Mengenai hubungan dua hala antara China dan Malaysia, Ianya mempunyai banyak persamaan daripada segi mereka berkongsi aspirasi dan objektif yang sama untuk memastikan keamanan dan kestabilan berkekalan di rantau ini. China, sebagai contoh telah menunjukkan kepada dunia bahawa ia adalah kuasa ekonomi yang bertanggungjawab apabila ia mendapat penghargaan dan kepercayaan negara-negara Asia semasa krisis kewangan 1997-1998 dengan tidak menurunkan nilai mata wangnya. Jika ia berbuat demikian, ia pasti memburukkan lagi keadaan di negara-negara yang terjejas termasuk Malaysia. Malaysia dan China boleh bekerjasama dalam menangani kemelesetan ekonomi global dan terdapat beberapa cara perkara itu dapat dilakukan. Ini termasuk memastikan permintaan domestik di Malaysia dan China kekal tinggi kerana peningkatan dalam permintaan domestik China akan membantu sektor eksport negara-negara di rantau ini dan pemulihan mereka.

 

          Di samping itu, perdagangan dua hala antara Malaysia dan China mencecah $39.06 bilion pada 2008, meningkat sebanyak 10.3 peratus berbanding dengan 2007. Perdagangan dua hala adalah kurang daripada $100 juta pada 1974 apabila Tun Razak melakukan lawatan bersejarah itu. China kini rakan perdagangan keempat terbesar Malaysia dan pasaran eksport keempat terbesar. Kebanyakan import Malaysia adalah dari China. China juga merupakan destinasi penting bagi pelaburan Malaysia. Tahun lepas, Malaysia merupakan pelabur asing ke-19 terbesar di China. Terdapat juga banyak peluang bagi pelabur China di Malaysia di mana kita mengalu-alukan mereka dan menggalakkan penyertaan mereka dalam kejayaan negara kita. Mengenai pembaharuan sektor perkhidmatan dan sektor kewangan yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib baru-baru ini dalam dua pakej rangsangan ekonomi, langkah itu juga akan menjadikan pelaburan asing lebih mudah dan lebih menarik di Malaysia. Jadi, langkah ini dijangka akan memperlihatkan peningkatan jumlah dan profi l pelaburan China di Malaysia di masa depan.

 

          Hubungan dua hala antara Malaysia dan China turut dicirikan oleh hubungan peribadi yang baik antara pemimpin dan masyarakat perniagaan serta juga lawatan secara tetap di semua peringkat. Beliau menyatakan bahawa hubungan antara rakyat dengan rakyat juga bertambah baik dengan Malaysia kini menjadi destinasi utama pelancong China. Tahun 2009, lebih 949,800 pelancong China datang ke Malaysia dan merupakan angka kelima terbesar selepas Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei, iaitu jumlah terbesar dari luar ASEAN. Dengan kemudahan penerbangan terus dan pertambahan kekerapan penerbangan, jumlah pelancong China ke Malaysia pada tahun ini dijangka melebihi satu juta dan dijangka China juga merupakan destinasi penting kepada pelancong Malaysia. Dato’ Seri Najib juga menyatakan kemakmuran masa depan mana-mana negara bergantung kepada prestasi rakyatnya (Bernama.com, 2 Jun 2009).

 

          Dengan adanya lawatan secara rasmi antara pemimpin kedua-dua negara ini, seperti lawatan rasmi Presiden China, Hu Jintao selama dua hari ke Malaysia pada tahun 2009 bagi membincangkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara tesebut, dan juga lawatan rasmi Najib ke China pada tahun yang sama telah menunjukkan kepada kita bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan China di era Dato’ Seri Najib ini akan lebih erat dan kukuh berbanding dengan Perdana Menteri sebelumnya.

 

Seterusnya, nilai ketiga ialah peka dengan isu keamanan di Asia Barat. Hal ini kerana Israel menceroh tanah air Palestin yang menyebabkan pengorbanan nyawa dan harta benda di negara tersebut. Denga ini Malaysia mendesak PBB menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur dan menjamin kedaulatan negara. Malaysia telah mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara. Hal ini menyebabkan tiada permusuhan dengan mana-mana negara di dunia. Melalui dasar berkecuali Malaysia tidak berpihak mana-mana kuasa besar dunia seperti samaada Amerika Syarikat ataupun China dan Rusia yang boleh mencetuskan konflik antarabangsa.

 

Selain itu melalui konsep ZOPFAN dapat mengekalkan keamanan serantau.Hal ini kerana sebarang konflik antara negara-negara anggota dapat diselesaikan melalui semangat ASEAN. Contohnya isu hak ke atas Pulau Batu Putih dengan Singapura dapat diselesaikan melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa.Ini membuktikan Malaysia mementingkan pendekatan rundingan.

 

Selain itu , nilai menjaga keamanan dunia dengan melibatkan diri dalam misi-misi keamanan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Contohnya Malaysia telah menghantar tentera pengaman, pendamai ke Congo, Bosnia, Somalia, Sierra Leone, Namibia dan Kampuchea. Ini membuktikan Malaysia memainkan peranan penting dalam menyelesaikan konflik antarabangsa.

Seterusnya nilai keempat Malaysia amat peka dengan nilai kemanusiaan iaitu tentang keamanan di Asia Barat. Hal ini kerana Israel menceroh tanah air Palestin yang menyebabkan pengorbanan nyawa dan harta benda di negara tersebut. Denga ini Malaysia mendesak PBB menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur. Selain itu Malaysia juga bersuara lantang menentang keganasan dalam kalangan negara-negara Islam. Contohnya setelah serangan al-Qaeda ke atas ‘World Trade

 

 


4.0 KESIMPULAN

 

Daripada tugasan yang dilaksanakan, kita dapat mengetahui tentang peranan Malaysia dalam mewujudkan keamanan sejagat. Usaha yang dilakukan oleh negara kita menyebabkan negara kita dihormati dan dipandang tinggi di mata dunia. Selain itu, kita juga dapat mengetahui sebab yang mendorong Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara. Hal ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemajuan ekonomi negara. Kita hendaklah sentiasa menjalinkan kerjasama agar dapat mewujudkan kesejahteraan dunia. Kesejahteraan dunia dapat menjamin kedaulatan negara kita. Seterusnya, kita perlu memupuk perpaduan masyarakat dunia tanpa mengira bangsa dan agama. Hal ini menyebabkan masyarakat dunia dapat hidup dengan sejahtera. Kita berharap melalui sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa, bangsa Malaysia dapat menunjukkan kepimpinan yang berwibawa. Hal ini akan menjadikan negara kita dihormati di mata dunia. Selain itu, melalui hubungan luar yang berasaskan kepentingan ekonomi kita berharap bangsa Malaysia akan menjadi bangsa yang berjaya dalam bidang ekonomi. Hal ini menyebabkan negara kita akan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Daripada perbincangan di atas, jelas menunjukkan bahawa dasar luar Malaysia negara ini banyak digerakkan oleh pemimpin negara iaitu perdana menteri. Bermula dari Tunku Abdul Rahman yang pro-Barat,

dasar berkecuali Tun Razak, dasar penerusan Tun Hussein Onn, dasar konfrontasi Dr. Mahathir, dasar tidak konfrontasi Abdullah Badawi dan dasar pragmatik Najib, jelas memperlihatkan pemimpin negara  49 Pengaruh Kepimpinan dalam Dasar Luar Malaysia mengemudi dasar luar Malaysia dan kepentingan negara di persada antarabangsa. Kedaulatan negara terus dipertahankan oleh pemimpinpemimpin ini. Namun, apa yang pasti adalah dasar luar yang dipegang oleh pemimpin-pemimpin ini telah berjaya memprojeksi nama Malaysia di mata dunia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rujukan

1)      Rusdi Omar & Mas Juliana Mukhtaruddin (2010) Dasar luar Malaysia era Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak: Keutamaan dalam aspek hubungan dua hala. In: Proceedings Seminar on Nasional Resilience (SNAR 2010) "Political Managements and Policies in Malaysia", 13-15 July 2010, Bayview Hotel Langkawi. Institute of Tun Dr. Mahathir Mohamad’s Thoughts, Universiti Utara Malaysia , Sintok , pp. 173-194.

 

2)      Berita Harian. (2010). Gerbang Baru Hubungan Malaysia-Amerika. 18 April.

 

3)      Utusan Malaysia. (2010). Dinamisme Hubungan Bilateral Malaysia-Jepun. 20 April.

 

4)      Rusdi Omar. (2005). Hubungan Malaysia-Singapura Era Mahathir. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

 

5)      Faridah Jaafar. (2007). Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia 1957-2005. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

 

6)      Sodhy, P. (2007). “Malaysia-US Relations”, dalam Baginda, A.R. (ed).

Malaysia’s Foreign Policy Continuity and Change. Malaysia: Marshall Cavendish Editions.

 

7)      Yusof Ismail. (2007), Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia, Kuala Lumpur: A.S. Nordeen

(Buku)

8)      Dr. Ranjit Singh Malhi, Pengajian Am Kenegaraan Malaysia,TQM Consultants Sdn.Bhd, Hlmn 223.

9)      Wong Khek Seng, Raminah Hj. Sabran,Kok Meng Kee,Pengajian Am Kertas 1 &2,Penerbit Fajar Bakti Hal 341.

10)  Ruslan Zainudin,Mohd Mahadee Ismail,Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia,Penerbit Fajar Bakti,Hal 314.

No comments:

Post a Comment

HUBUNGAN ANTARA PENAAKULAAN MORAL, EMOSI MORAL DAN PERLAKUAN MORAL KE ARAH MELAHIRKAN INSAN BERAKHLAK MULIA

    NAMA KURSUS PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA KOD KURSUS HMS3013 KUMPULAN   ...