Saturday, July 11, 2020

Terdapat banyak kajian lalu yang membincangkan tentang permasalahan dalam pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral di Malaysia. Isu kandungan buku teks yang kurang menarik Masalah guru bukan opsyen mengajar Pendidikan Moral

TUGASAN 2

NAMA AHLI

NOORMARINA BINTI ABD KHALID

D20172080686

NUR FATEHAH BINTI SALEH

D20172080710

NURUL AMIRA BINTI MOHD AMIRDIN

D20172080721

PENSYARAH

PUAN ROBE’AH BINTI YUSUF

TARIKH PENGHANTARAN

11 JUN 2020

 


 

Terdapat banyak kajian lalu yang membincangkan tentang permasalahan dalam pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral di Malaysia. Bincangkan tentang permasalahan berikut:

·         Isu kandungan buku teks yang kurang menarik

·         Masalah guru bukan opsyen mengajar Pendidikan Moral

PENGENALAN

Pendidikan Moral merupakan satu mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar bukan muslim di sekolah rendah dan juga sekolah menengah di Malaysia. Pendidikan Moral di Malaysia ini telah dilaksanakan pada tahun 1983 atas tujuan mendidik insan yang berdisiplin dan berakhlak mulia. Bagi merialisasikan tujuan tersebut dikalangan masyarakat terutamanya pelajar bukan sesuatu yang mudah, ia memerlukan satu bentuk pengajaran yang menarik serta mudah untuk mereka fahami. Dalam era kemodenan ini pelaksaan Pendidikan Moral di Malaysia adalah penting kerana ia sesuatu pendidikan yang formal perlu diajari kepada pelajar terutamanya pelajar tersebut berada dalam lingkungan remaja yang kian aktif dengan gejala sosial tidak sihat. Sebagai contoh gelaja tidak sihat seperti terlibat dalam pengambilan dadah, ponteng sekolah, buli dan juga berkaiatan dengan perkara diluar kebiasaan masyarakat.

            Pendidikan Moral ini dilihat mampu membina masyarakat terutama pelajar menjadi insan yang baik akan tetapi sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai isu tentang permasalahan dalam pelaksaannya. Pendidikan Moral ini telah menjadi satu matapelajaran yang formal sejak ia bermula lagi dimana terdapat perubahan demi perubahan berlaku. Setelah perubahan dalam pelaksanaan pendidikan moral ini terdapat jelas menunjukkan terdapat beberapa masalah yang berlaku seperti isi kandungan buku teks yang kurang menarik bagi pelajar sekolah dan juga permasalahan mengenai guru yang mengajar Pendidikan Moral ini bukan opsyen mereka. Banyak kajian lalu juga menyatakan perkara yang sama. Oleh dalam perbicangan ini akan membincangkan dua permasalahan terhadap Pendidikan Moral yang sering berlaku iaitu masalah isi kandungan buku teks kurang menarik dan bukan guru opsyen yang mengajar Pendidikan Moral.

ISU KANDUNGAN BUKU TEKS YANG KURANG MENARIK

Buku teks merupakan salah satu bahan bacaan pengajaran utama dalam sesuatu subjek pengajaran. Buku teks yang berkualiti akan menghasilkan sesuatu yang mudah untuk difahami oleh pelajar khasnya. Buku teks merupakan bahan penting untuk tujuan pendidikan dan ianya menjadi sumber rujukan utama sebagai pengetahuan kepada pelajar. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah meletakkan visi untuk menghasilkan buku teks bertaraf dunia yang mempunyai ciri-ciri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkualiti, mesra pengguna dan mempunyai nilai-nilai murni yang dapat melahirkan insan berpendidikan cemerlang dan mampu bersaing di peringkat global menjelang 2020 (KPM 2016).

Pada hari ini kita boleh lihat bahawa pelajar kurang untuk membaca buku teks dan tidak terkecuali buku teks bagi subjek Pendidikan Moral. Buku teks pendidikan moral yang lama agak kurang menarik minat pelajar untuk membaca. Ada sesetengah pelajar yang membaca buku teks hanya ketika ingin mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan sahaja.

Kenapa buku teks Pendidikan Moral ini menjadi tidak menarik? Kita boleh lihat dari segi bagaimana sesuatu isi kandungan itu disampaikan. Ayat-ayat yang digunakan oleh penulis dalam menyampaikan isi sukar untuk difahami oleh sesetengah pelajar. Perlu kita fahami bahawa tidak semua pelajar itu tahap kepandaian atau kefahaman mereka sama kesemuanya. Mungkin ada yang memahami dan mungkin tidak. Penulis perlu menggunakan ayat-ayat yang bersederhanaan dan mudah untuk difahami oleh pelajar-pelajar. Bukan itu sahaja, isi yang disampaikan juga terlalu panjang penjelasannya dan berperenggan. Faktor ini juga menjadikan pelajar tidak berminat untuk membaca sesuatu kandungan dengan lama apatahlagi jika menggunakan ayat atau kata-kata seperti yang telah disebutkan diatas. Adalah lebih mudah jikalau penyampaian itu diringkaskan untuk memudahkan pemahaman pelajar. Selebihnya guru boleh menerangkan dengan lebih lanjut dan terperinci.

Warna juga turut memainkan peranan dalam menjadikan sesuatu buku teks itu tidak menarik. Warna sangat penting dalam usaha untuk menarik minat pelajar untuk melihat dan membaca.  Dalam buku teks Pendidikan Moral Tingkatan 1 yang sebelumnya, warna yang digunakan didalam buku teks tersebut tidak banyak dan warnanya juga agak tidak menarik. Seharusnya, buku teks itu haruslah mempunyai gabungan warna yang menarik bukan sahaja pada gambar tetapi pada tulisan atau teksnya juga. Tetapi kini dapat kita lihat bahawa buku teks pendidikan moral semakin menarik.

Seterusnya, buku pendidikan moral yang lama tidak banyak meletakkan perlaksanaan aktiviti berbanding dengan buku teks pendidikan moral yang baru dimana kita dapat lihat banyak aktiviti yang diselitkan. Dimana selepas sesi pengajaran guru boleh melihat tahap kefahaman pelajar melalui aktiviti-aktivit yang dilaksanakan berdasarkan kepada buku teks berikut. Bukan itu sahaja, buku teks Pendidikan Moral yang lama juga kurang menarik disebabkan oleh

MASALAH BUKAN GURU OPSYEN MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL

 

Menurut Aroff dan Chang (1994) tidak wajar bahawa guru yang tidak mempunyai pengetahuan dalam Pendidikan Moral mengajar pelajar. Pendidikan Moral ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk diajar akan tetapi memerlukan guru yang betul-betul menguasai konsep pendidikan moral ini sendiri. Hal ini demikian kerana masalah bukan guru opsyen mengajar pendidikan moral disebabkan oleh kekuarangan guru Pendidikan Moral di sekolah. Topik kekurangan guru opsyen Pendidikan Moral bukanlah topik yang baru diperbincangkan malah telah lama topik ini diketengahkan. Kekurangan guru opsyen bukan hanya berlaku kepada mata pelajaran moral sahaja namun turut berlaku kepada subjek teras. Guru yang asalnya dari bidang lain diminta untuk mengajar mata pelajaran yang mungkin diambil oleh beliau sebagai kursus minor di universiti dahulu atau mata pelajaran yang bukan bidang kepakaran mereka.

Kekurangan guru opsyen dalam bidang mata pelajaran Moral telah menyebabkan guru dari bidang lain yang akan mengajar mata pelajaran Moral. Meskipun di mata pelajar dan pihak lain yang menganggap bahawa mata pelajaran Moral ini mudah namun sebenarnya Pendidikan Moral ini melibatkan banyak teori dan lebih rumit dari apa yang mereka bayangkan. Selain itu, guru opsyen mempunyai lebih banyak pengetahuan berbanding guru bukan opsyen menyebabkan berlaku pertambahan ilmu semasa sesi PdP dan tidak hanya bergantung kepada buku teks. Guru opsyen ini telah diajar untuk menjadi proses PdP menjadi lebih menarik dengan melibatkan lebih banyak aktiviti serta penggunaan BBM yang menarik.

Guru bukan opsyen lebih banyak bergantung kepada buku teks dalam mengajar kerana mereka kurang pengetahuan dalam bidang tersebut. Hal ini sekaligus telah menyebabkan sesi PdP menjadi bosan dan murid kehilangan minat untuk belajar. Malah, dengan mengajar dengan menggunakan teks menyebabkan murid tidak mendapat maklumat tambahan. Guru bukan opsyen sudah semestinya merasa tertekan kerana mereka perlu mengajar mata pelajaran yang bukan kepakaran mereka dan berkemungkinan mereka akan menganggap ini merupakan beban tugas kepada mereka.

Seterusnya, pengajaran oleh guru bukan opsyen yang kurang pengetahuan dalam bidang tersebut akan menyebabkan murid hilang keyakinan kepada kebolehan mereka. Guru opsyen yang lebih berpengetahuan akan menyebabkan sesi pengajaran beliau akan terlihat meyakinkan. Sebagai contoh, penggunaan situasi yang digunakan oleh guru opsyen yang berkaitan dengan nilai yang diajar. Guru opsyen mampu untuk memberi penerangan yang lebih mendalam kepada murid mengenai situasi tersebut. Namun begitu guru bukan opsyen ini juga kekurangan waktu mengajar kerana waktu Pendidikan Moral adalah sama dengan waktu Pendidikan Islam menyebabkan berlakunya kelas gabungan. Oleh hal demikian guru opsyen tidak mempunyai masa yang cukup dalam membuat aktiviti kerana kekurangan ruang dan waktu. Pelajar akan mula bosan dan tidak membupunyai minat untuk memperlajari pendidikan moral.

Namun, tidak semestinya tidak ada guru bukan opsyen yang berusaha untuk menambah pengetahuan mengenai mata pelajaran yang baharu bagi mereka ini dan mereka turut berusaha untuk memperbaiki teknik pengajaran mereka. Hal ini bergantung kepada kemahuan guru itu sendiri dan sekiranya mereka berusaha, sudah tentu situasi guru bukan opsyen yang mengajar tidak lagi menjadi. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk setiap mata pelajaran diajar oleh guru yang pakar dalam bidang tersebut terutamanya dalam bidang Pendidikan Moral di mana mata pelajaran ini sebenarnya adalah untuk membentuk peribadi murid sekaligus berusaha untuk menjadikan mereka individu serta warganegara yang baik. Ambilan guru opsyen adalah digalakkan demi masa depan anak-anak bangsa.


 

PENUTUP

Secara kesimpulannya pendidikan moral di sekolah membantu seseorang menguasai nilai-nilai baik sejak dari kecil. Penguasaan pendidikan moral di sekolah terutamanya memerlukan pemerhatian yang penuh dari guru dan juga pelajar. Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pembelajaran pendidikan moral. Di samping itu, permasalahan terhadap pelaksaan pendidikan moral ini dilihat berlaku dalam jangka masa yang lama sehinggakan pada masa kini masih ada saki bakinya. Permasalahan pelaksaan pendidikan moral ini semakin dilihat kerana saban tahun terdapat perubahan dalam buku teks pendidikan moral yang semakin menarik. Sebagai bukti buku teks pendidikan moral tingkatan 1 KSSM menggunakan pelbagai bahasa, aktiviti dan juga warna tulisan yang menarik. Oleh itu jelas menunjukkan setiap masalah yang berkaitan dengan bidang pendidkan ini perlu dibincangkan serta mencari altenatif yang baik untuk menyelesaikannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

RUJUKAN

Aisyah Sjahrony, Maimun Aqsha Lubis & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2017). Kepentingan

Kebolehbacaan Buku Teks Dalam Dunia Pendidikan. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J)

Ettikan, K., Abdullah, N., & Abdul Manaf, U. (2015). Guru Cemerlang Pendidikan Moral:

Keperluan Menguasi Aspek Kandungan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Moral Dan Implikasinya. International Journal Of Education And Training1(2), 1-8.

Haji Othman, M., Mohd Yusoff, M., Puteh, A., & Roslan, N. (2017). Permasalahan Dan

Cabaran Guru Dalam Membentuk Nilai Pelajar Di Sekolah Menengah. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 1-10.

Hussein Hj. Ahmad. (1985). Peranan Buku Teks dan Peperiksaan KBSM. Pusat Pengajian Ilmu

Pendidikan Universiti Sains Malaysia.

Hamid, K. A., Awang, M. M., & Ahmad, A. R. (2016, January). Kepentingan Pengetahuan

Pedagogi Isi Kandungan (Ppik) Bagi Guru Bukan Opsyen Dalam Mata Pelajaran Sejarah Di Sekolah Menengah: Satu Kajian Retrospektif Di Malaysia. In Proceeding 7th International Seminar on Regional Education (Vol. 1, pp. 253-258).

Manap, A., & Salwa, S. (2014). Pengajaran guru opsyen dan bukan opsyen kemahiran hidup

bersepadu sekolah rendah di Batu Pahat (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

Nachiappan, S., Sinnasamy, B., & Suffian, S. (2017). Masalah dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah menengah dan penyelesaian masalah melalui kaedah Hermeneutik. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers and Teacher Education7(2), 58-68. https://doi.org/10.37134/jrpptte.vol7.no2.6.2017

 

No comments:

Post a Comment

HUBUNGAN ANTARA PENAAKULAAN MORAL, EMOSI MORAL DAN PERLAKUAN MORAL KE ARAH MELAHIRKAN INSAN BERAKHLAK MULIA

    NAMA KURSUS PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA KOD KURSUS HMS3013 KUMPULAN   ...