Wednesday, June 10, 2020

Tugasan 2; 3. Terdapat banyak kajian lalu yang membincangkan tentang permasalahan dalam pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral di Malaysia

 

NAMA AHLI KUMPULAN

NO.KAD MATRIK

JACQUELINE ANAK JOE FRAZIER

RAHMAN RAWAT

D20181081572

 

D201081081583

 

 

KOD KURSUS

HMS3013 PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH

PUAN ROBE’AH BINTI YUSUF

TUGASAN

TUGASAN 2

ULASAN

 

 

 

 

 

 

 

NO.SOALAN : 3

 

3. Terdapat banyak kajian lalu yang membincangkan tentang permasalahan dalam pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral di Malaysia. Bincangkan tentang permasalahan berikut:

i.          Isu kandungan buku teks yang kurang menarik

ii.        Masalah guru bukan opsyen mengajar Pendidikan Moral

 

Kajian tersebut telah dijalankan bagi mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Hasil kajian mendapati masalah utama yang dihadapi oleh guru adalah ketika pelajar tidak dapat mengaitkan nilai yang dipelajari dengan keadaan sebenar, guru-guru gagal dalam menguasai penyampaian pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral serta kekurangan dalam bantu mengajar. Dapatan kajian menunjukkan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral serta kekurangan bahan bantu mengajar.

 

Pendidikan Moral diperkenalkan pada tahun 1983 sebagai subjek teras dalam pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan selesai dilaksanakan pada tahun 1988. Kemerosotan nilai moral dan peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja merupakan salah satu rasional subjek ini diperkenalkan. Dalam pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Pendidikan Moral diajar secara berperingkat di sekolah menengah. Matlamat Kurikulum Pendidikan Moral adalah membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab, berintegriti dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Subjek ini menjadi platform terbaik untuk memupuk perpaduan dan menjalinkan hubungan yang baik dalam kalangan pelajar sejak kecil lagi.

 

Guru memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah disamping meningkatkan kualiti pencapaian murid. Memandangkan Pendidikan Moral itu sendiri adalah kompleks, maka guru perlu mempunyai pemahaman yang kukuh dan menguasai konsep-konsep asas moral, konsep utama Pendidikan Moral dan isu kandungan Pendidikan Moral itu sendiri sebelum mengajar muridnya. Penguasaan aspek kandungan oleh guru cemerlang Pendidikan Moral adalah sangat penting kerana ia merupakan aspek asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun secara umumnya diketahui guru cemerlang adalah akar dalam mata pelajaran yang diajar, namun bagi Pendidikan Moral kelonggaran berlaku apabila majoriti guru cemerlang Pendidikan Moral tidak mempunyai pengkhususan dalam mata pelajaran ini.

 

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh para pengkaji yang terdahulu dalam mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh guru dan pelajar dalam pelaksanaan subjek mata pelajaran Pendidikan Moral di Malaysia.

 

Antara permasalahannya adalah berkaitan isu kandungan buku teks yang kurang menarik yang mengakibatkan para pelajar akan menjadi bosan dalam membaca buku tersebut dan ini akan menjejaskan mereka tidak dapat memahami apa yang dipelajari disebabkan konteks buku tersebut. Selain itu, para pelajar tidak dapat menghayati nilai-nilai moral yang diperlukan untuk berakhlak mulia kerana sukatan buku teks juga tidak sesuai pada pelajar arus perdana. Oleh itu, kita pihak yang berwajib perlulah mengubahsuai buku teks tersebut mengikut edaran zaman sekarang. Hal ini kerana supaya dapat mengembangkan minat pelajar dalam mempelajari buku teks pendidikan moral dengan mudah difahami agar golongan pelajar menyedari bahawa pentingnya subjek ini kepada pelajar dalam mengembangkan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral dan kerohanian dalam membuat keputusan menyelesaikan masalah.

 

Sekiranya kandungan buku tersebut tidak diubahsuai maka subjek ini tidak akan menarik minat para pelajar dalam mempelajari dan memahami apa yang cuba disampaikan dalam meningkatkan nilai--nilai moral. Contohnya, buku teks tersebut divariasikan dengan tulisan yang berwarna-warni, setiap buku ada gambar-gambar yang menarik buku tersebut ataupun menggunakan buku teks secara digital agar tidak bosan dalam membaca dan mudah difahami apa yang cuba disampaikan.

 

Seterusnya, menurut Professor Datuk Dr. Khoo Kay Kim iaitu tokoh akademik dan sejarah buku teks perlu sentiasa dikemas kini supaya pelajar tidak menerima maklumat yang salah selama belajar pada peringkat sekolah. Realiti yang tidak disedari masyarakat itu berlaku kerana mereka sudah menerima pelbagai maklumat yang kurang tepat sejak zaman persekolahan malah boleh dikatakan pelajar hanya menghafal fakta tetapi tidak memahami peristiwa. Justeru, apabila memasuki universiti didapati kebanyakan pelajar terlalu cetek kefahaman mengenai sejarah mahupun nilai-nilai moral malah ada yang tidak mengingati apa yang telah dipelajari kerana mereka hanya menghafal nilai tetapi tidak memahaminya.

 

Selain itu, punca utama isi kandungan buku teks Pendidikan Moral kurang menarik kerana buku teks tidak selari dengan kehendak soalan peperiksaan maka disebabkan itu guru lebih menggunakan buku latihan daripada buku teks Pendidikan Moral. Sewajarnya buku teks Pendidikan Moral menyelitkan analisis peperiksaan untuk lebih menggalakkan penggunaannya. Peperiksaan dapat menyelaraskan perkara ini dan mengambil bahan daripada buku teks untuk peperiksaan, pastinya buku teks Pendidikan Moral akan menjadi aset yang paling penting di sekolah.

 

Seperti yang kita tahu buku teks merupkan salah satu bahan P&P yang utama di sekolah. Buku teks sebagai wadah pembinaan insan untuk mencapai matlamat pendidikan seperti yang dinyatakan di dalam FPN. Penghasilan buku teks mengambil kira kesemua kehendak kurikulum dan sukatan pelajaran yang perlu dijelmakan dengan baik, menyeluruh, bersepadu, ke arah menghasilkan buku teks yang pragmatik dan dinamik. Oleh itu, buku teks mengaplikasikan FPN yang menjurus kepada pembinaan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

 

Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa buku teks amat perlu diberi perhatian kerana ianya bukan sahaja menyediakan sumber pengajaran yang asas di sekolah tetapi juga menyalurkan aspek-aspek budaya, mencerminkan nilai moral dan merupakan landasan ke arah perkembangan intelek individu seterusnya mempengaruhi prestasi pelajar dalam bidang akademik.

 

Bagi masalah guru bukan opsyen mengajar Pendidikan Moral, dalam PPPM pula ialah Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Kualiti sistem tidak boleh melangkaui kualiti guru. Walaupun terdapat guru yang cemerlang dalam sistem pendidikan Malaysia, kajian AKEPT 2011 mendapati bahawa hanya 50% pengajaran disampaikan dengan berkesan. Hal ini bermakna penyampaian mata pelajaran tidak melibatkan murid secukupnya, dan cara mengajarnya lebih pasif serta berbentuk syarahan. Mata pelajaran yang disampaikan lebih berfokus kepada pemahaman kandungan yang tidak mendalam dan tidak memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi. Statistik ini juga menunjukkan cabaran besar yang akan dihadapi kerana lebih kurang 60% guru pada hari ini akan terus mengajar bagi tempoh 20 tahun lagi.

 

Selain itu, profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan 30% terbaik dalam negara. Guru pelatih akan menerima latihan yang sebaik mungkin dari mula mereka mengikuti program latihan tinggi hingga mereka bersara. Mereka akan memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang menarik dalam beberapa laluan kerjaya yang jelas, dengan kemajuan yang berasaskan prestasi dan kompetensi, dan bukan tempoh perkhidmatan. Sistem pendidikan akan memperkukuhkan budaya teladan rakan setugas untuk meningkatkan kecermelangan professional menerusi pementoran, pembangunan dan perkongsian amalan terbaik, serta meningkatkan kebertanggungjawaban rakan setugas dalam memenuhi standard profesion.

 

Bagi guru Pendidikan Moral, pihak IPG, memberikan mereka latihan yang secukupnya dengan menggalakkan guru-guru ini nanti dengan nilai-nilai universal yang ada. Bagi guru yang mengambil mata pelajaran elektif Pendidikan Moral sebagai pilihan, mereka hendaklah ditanamkan dengan nilai-nilai kejujuran, kesabaran, hemah tinggi, integriti dalam mendidik murid-murid dan melahirkan insan bermoral dan beretika.

 

Bagi merealisasikan impian Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pengajaran Pendidikan Moral disekolah, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memantapkan lagi sokongan dan dorongan kepada guru-guru dalam memberikan contoh yang baik dikalangan guru, murid dan juga masyarakat sekeliling. Walau bagaimanapun terdapat pelbagai cabaran yang tidak dapat dielakkan dalam memastikan guru-guru Pendidikan Moral menyampaikan pendekatan pengajaran di sekolah. Salah satu cabaran tersebut adalah sebilangan guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Moral ini terdiri daripada guru-guru yang tidak teras iaitu pengkhususan mereka semasa di Maktab atau Institusi adalah bukan dalam major atau minor guru yang dilantik mengajar matapelajaran tersebut. Secara tidak langsung, pendekatan kearah pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Moral kurang kemantapannya kerana mereka kurang faham cara pendekatan yang sebenar. Guru-guru ini hanya mempelajari cara pendekatan dengan membaca panduan guru, sukatan matapelajaran dan bimbingan-bimbingan tidak rasmi dari rakan sekeliling. Buku teks juga banyak membantu guru-guru ini dalam memantapkan pengetahuan mereka dalam mengajar matapelajaran tersebut.

 

Dengan ini tidak dinafikan kekurangan sumber pengajaran pembelajaran ini berlaku dimana-mana sekolah. Dengan kekurangan sumber tenaga pengajar khusus untuk matapelajaran Pendidikan Moral ini, kemantapan cara pendekatan dan strategi pengajaran akan ada kekangannya. Walaupun guru diberikan kesediaan untuk mengajar murid dari segi pedagoginya, namun untuk mengajar pelajar kearah nilai moral yang lebih tinggi hendaklah perlu diperincikan lagi dengan pengkhususan yang tepat iaitu guru-guru yang sememangnya mempunyai opsyen Pendidikan Moral semasa keberadaan mereka di institusi pendidikan.

 

Sebagai kesimpulannya, peranan guru sangat penting dalam membentuk modal insan cemerlang . Oleh itu, reformasi pendidikan memainkan peranan yang penting untuk melahirkan Wawasan supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan kecemerlangan pendidikan dalam erti kata yang sebenar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RUJUKAN

 

1.        Dk. Ratnazurainie Pg. Masri.(2011). Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah.3-4. Diperoleh daripada https://www.academia.edu/8522845/Pendidikan_Moral

 

2.        Siti Ajar Bt. Yaakob. Kajian Tinjauan Terhadap Trend Penggunaan Buku Teks(SPBT) Dalam Kalangan Pelajar Dan Guru Di Sekolah Menengah Di Daerahh Kota Setar. 18-19. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/mobile/NurulMajid1/18003584-proposalbukuteks

 

3.        Suppiah Nachiappan Barathy Sinnasamand Sandra Suffian. (2017).  Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral di Sekolah Menengah dan Penyelesaian Masalah Melalui Kaedah Hermeneutik. 58-59. Diperoleh daripada https://www.coursehero.com/file/54186500/Masalah-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-moral-di-sekolah-menengahpdf/

 

4.        Bambang Sumintono, Lokman Mohd Tahir, Mohd Anuar Abdul Rahman. (2012). Pendidikan Moral di Malaysia: Tantangan Dan Implementasi Pendidikan Karakter di Sekolah. 15-16. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/232710326_Pendidikan_Moral_di_Malaysia_Tantangan_dan_Implementasi_Pendidikan_Karakter_di_Sekolah_Indonesian

 

5.        Yusri Bin Mohamed Sharip. Peranan Guru Pendidikan Moral dalam Merealisasikan Aspirasi Negara Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. 6-7. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/mobile/RoslanSuraji1/3-permasalahan-pm-44734264

 

No comments:

Post a Comment

HUBUNGAN ANTARA PENAAKULAAN MORAL, EMOSI MORAL DAN PERLAKUAN MORAL KE ARAH MELAHIRKAN INSAN BERAKHLAK MULIA

    NAMA KURSUS PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA KOD KURSUS HMS3013 KUMPULAN   ...